Saturday, March 14, 2009

Enzim sampah sedia digunakan



Larutan Enzim sampah yang sedia untuk digunakan. ES yang pertama dapat menghasilkan kira2 7 liter larutan ES. Campuran Es digunakan sebagai semburan dalam kuantiti 10-15ml untuk 1 liter.



Enzim sampah 2



Pada 11 Mac 2009 sekali lagi enzim sampah dibuat campuran sisa sayuran, kulit bawang, kulit telur, kulit buah pisang dan buah lai serta hampas teh. Nisbah campuran 1 kilo gula merah:3 kilo sampah:10 liter air. Perap 3 bulan, bulan pertama buka utk keluarkan lebihan gas setiap hari. Matang dan boleh guna jangkaan pada bulan Jun 11,2009. Perkembangan pembuatan enzim sampah terkini akan disertakan gambar.

Testimoni bergambar Enzim sampah untuk tanaman

Gambar 1
Serumpun serai disembur juga dengan baja ES dan nampak subur.
Gambar 2
Pokok cili merah dalam polibeg sedang berbunga dan mengeluarkan putik buah.


Gambar 3
Pokok herba mahkota dewa- ujian bagi ketahanan serangan semut dan kutu putih, juga pengeluaran pucuk baru utk tumbesaran.

Gambar 4
Limau kasturi- dibeli dari kuching Sarawak dengan ketinggian 1 kaki. Semasa dibeli berbuah 1 biji dan sekarang telah mengeluarkan banyak putik bunga/buah.





Wednesday, November 12, 2008

Enzim Sampah 1




Bahan spt sayur dan kulit buah

Pemeraman dalam tong plastik 20 liter

Campuran hari ke-10 (sayur dan kulit buah sudah mesra dengan larutan gula merah)

Kali ini buat EM atau enzim dari bahan buangan dapur lebihan sayur dan kulit buah.Formula dari Dr. Joean Oon.Nisbah komposisi bahan2 gula merah,lebihan sayur (dapur); air, 1:3:10.Buat separuh dari formula mula buat dari 11 Nov 2008 hingga 11 feb 2009. Setiap hari akan dibuka penutup tong plastik utk buang gas yg terhasil dari aktiviti komposisi bahan2 tersebut. Kelak dah ready utk digunakan pada pokok bunga orkid dan semburan pada pokok2 bunga lain dan herba.



Wednesday, December 26, 2007

Ladang organik D' Malaysia

1. Titi Eco Farm Resort Sdn. Bhd. (Lim Mok Lai) -
Sg. Rotan, Mukim Glami Lemi, Daerah Jelebu, 71650 Negeri Sembilan

2. Kahang Organic Rice Eco Farm Sdn. Bhd. (Tam Pak Suew) -
KM 42, Jln Kluang-Mersing, Kg. Sri Lukut, Kahang, 86700 Kluang, Johor

3. Natural Red Sdn. Bhd. (Ishak Din) -
Kg. Sg. Dara, Behrang, Tg. Malim, Perak

4. DQ Farm Products Sdn. Bhd. (Wong Hock Seng) -
Lot 1677, Mukim Bentong, Daerah Bentong, Pahang

5. Ponak Plantation Sdn. Bhd. -
Kg. Johor, Mukim Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan

Saturday, December 15, 2007

Testimoni penggunaan racun dan baja organik


pokok cili yg menghasilkan pucuk dan tunas pada ketiak daun yg banyak telah mengeluarkan bunga pertama - 2 jan 2008


pokok cili padi berumur dlm 7 minggu...tunas baru muncul pada ketiak daun selain di hujung pucuk......


Aplikasi semburan foliar ALFA-G selama 4 minggu....dlm 3 kali seminggu


nielah produk serbuk racun organik Repella (RM14/botol) ...penggunaan 1 sudu kecil atas penutup untuk 1 liter air bebas klorin diperap 1 jam atau semalaman sebelum semburan dilakukan




Gambar yang diperolehi selepas sehari semburan Repella (biost2u), lokasi kutu daun sama spt gambar di bawah dan menampakkan kesan populasi kutu yg kurang menginap di kudup bunga yang telah berkembang dan pucuk daun...bilangan kutu daun tidak menyakitkan mata




Gambar di atas menunjukkan kutu daun banyak menginap di kudup bunga dan pucuk daun

Nota: beberapa racun organik akan dicuba keberkesannaya dalam mengurangkan/menghapuskan populasi serangga perosak antaranya Repella, ALFA-G n biogreenfertilizer (bhn asas neem)

Friday, August 10, 2007

Faktor kelembapan tanah mempengaruhi proses imo4

Penyediaan imo4 adalah campuran bersama tanah peroi dan imo3
dua campuran tanah digunakan:


1- campuran imo 3 + tanah peroi lembap



2- campuran tanah bakar kering + imo3
keputusan
didapati pada hari ke-2 campuran 1 kurang menghasilkan misilium putih dan pembebasan haba yg sedikit berbanding campuran 2 yang menghasilkan lebih banyak misilium putih dan pengeluaran haba.
Tetapi pada hari ke-5, campuran satu telah menghasilkan banyak misilium putih halus (kapas)